Belajar Buat Duit Dengan Youtube di Youtube Masterclass

Buat duit dengan Youtube | Hari ahad selalunya aku 'pishang' tak tau nak buat apa di rumah. Habis boring aku jalan-jalan ja di IOI Putrajaya tu, cuci-cuci mata tak pun lepak seharian di rumah tonton Youtube. Tapi hari ahad kali ni aku jadi proaktif dan sedikit pintar sebab aku pergi kelas Youtube Masterclass. 

Sebelum ni memang aku tahu pun yang Youtube ni boleh buat duit dan jana pendapatan. Hampa tengok la Dato Alif Syukri terlajak laris di youtube, puluhan ribu dia buat duit dengan hanya buat video di Youtube. Atas sifat manusiawi yang ada, aku pun terpengaruh dengan tayangan kekayaan Dato Alif Syukri tu. Benda senang kot buat video, lepas tu upload di youtube.

Jadi aku pun tak lepaskan peluang ikut ustaz Qusai yang ajak aku join seminar Youtube Masterclass ni jumaat lepas. Mana la tahu kan dapat buat duit dengan youtube jugak macam Dato Alif Syukri.

Youtube Masterclass ni di handle oleh seorang yang memang ahli dalam pemasaran online dengan melalui Youtube iaitu Encik Amin Kamarudin. Dalam kelas Youtube Masterclass ni hangpa akan di ajar bagaimana nak naik kan sales atau nak buat duit dengan hanya upload video di youtube.

Banyak juga input yang aku dapat dalam kelas ni antaranya macam mana kita nak mulakan sebuah Channel Youtube yang menjana income lumayan. Antara contoh tips-tips ataupun teknik yang dapat aku kongsikan dari kelas ini adalah


1. Pilihan Topik (Niche) Untuk Channel Youtube
Pemilihan topik ataupun niche memang penting dalam memulakan channel youtube. Dengan pengkususan topik yang kita pilih, akan membuatkan channel kita tidak lari dari landasan target dan mengelakkan dari channel kita jadi macam rojak. kejap video masakan, kejap video bertukang, kejap video tanam pokok. Pilihan topik yang tepat jugak boleh membuatkan channel youtube kita berkembang dan bertahan lama.

2. Pembinaan content
Content is king bak kata orang melayu celup cakap. Bila dah dapat topik yang sesuai, pembinaan konten yang baik akan memudahkan penonton yang mencari maklumat berdasarkan niche yang anda pilih. Pembinaan konten melalui keyword research sebagai contoh dengan mengunakan google trend. Sebagai contoh hangpa buat channel perniagaan online. content yang hangpa boleh buat mungkin contohnya seperti 'cara buat duit online' "cara mudah buat duit dengan aplikasi . . . ' dan sebagainya. Dengan keyword yang hangpa dapat dengan mengunakan google trend tadi sekurang kurang nya dapat membantu hangpa dalam pembinaan konten. paham kan aku explain?

3. Youtube SEO
Ya sama saja dengan Blog. Youtube pun ada SEO dia yang tersendiri. Sejak adanya Google, hampir semua orang mencari informasi secara online melalui search engine Google. Dengan bantuan SEO hangpa boleh mendapatkan ribuan hingga puluhan ribu tontonan secara percuma tanpa perlu promosi gila-gila di media social seperti facebook ataupun instagram.

Harap hangpa paham la ya apa yang aku cuba explain. payah jugak aku nak explain. haha tapi itu jela sedikit sebanyak yang boleh aku kongsikan. sebenarnya banyak lagi teknik-teknik yang di ajar dalam kelas Youtube Masterclass tu. tak kan aku nak tulis semua. tak larat aku. Apa kata hangpa pi ja seminar Youtube Masterclass ni.

buat-duit-dengan-youtube
Selfi bersama Encik Amin Kamarudin (kanan sekali)
buat-duit-online
Macam macam maklumat aku dapat 
buat-duit-online-youtube


Kalau hangpa berminat untuk join kelas Youtube Masterclass ni hangpa bolehlah terus ke laman sesawang Encik Amin ni di http://bisnesultimate.com
InsyaAllah tak rugi join. tambah ilmu nama pun.